Hi,gorgeous! Welcome to Life goes on and on! Leave her message ! Follow | Dashboard
Hidup Indah Biasa

Bonjour

She said:
I've been practiced dentistry since 1993.
Welcome to my blog.
This is my ordinary stories abut my routine work.

Online


Tea Time




Credits

Edit by :林羽兒
Basecode :
Images :






Semua tak kena
Thursday, December 6, 2012 | ? 1 Comments

1)Dahulu, masa saya mula2 buka klinik sendiri, umur saya agak muda, dalam umur 28 tahun...
Pesakit dengan muka yg tak berapa yakin berkata ; " eei , mudanya doktor! "

2) Badan saya pulak kecil molek....
Ada yg berkata : " larat ke nak cabut gigi ni..."

3) Saya pulak perempuan.....
Suara2 sumbang berkata ; " tak nak la cabut gigi dgn doktor perempuan, kan patah pulak nanti gigi tu..."

Sekarang ni, bila dah ramai kenal dan klinik pun dah establish, pesakit sudah tak mahu doktor lain lagi....

Bukan nak kata saya bagus, tapi kerana mereka sudah menaruh kepercayaan pada kita....

Biasalah.....semuanya perlu sabar dalam menerima segala tohmahan......akhirnya ia akan menjadi sesuatu yg manis, kan?



kasihnya ibubapa

Agak lama juga saya dah tidak menulis di sini......ha ha hingga sudah tak boleh sign in (terlupa password).  Cerita yg ingin ditulis ni pasal telatah ibubapa sekarang. Sesetengah mereka suka sangat memanjakan anak-anak. Contohnya:

Bapa: Bukalah mulut sayang, Doktor nak check gigi sayang tu...
Anak: Tak mahu...! tak mahu...!
Bapa: Kalau adik buka mulut, dan doktor dapat cabut gigi adik, papa akan bagi duit seratus, lepas tu kita
           pergi beli psv.

SEE? Dapat cabut gigi je dah dapat seratus!

Doktor yg kerja ni pun bukan main susah nak dapat duit seratus tu, dik.

Gigi adik pun bukan susah benar nak cabut.....dah goyang. Doktor pun caj papa adik RM 10 je.....

Doktor kena tunggu 10 orang pesakit lagi nak mencukupi seratus......

nasib doktor la ya.....!



Tuesday, December 4, 2012 | ? 0 Comments





sabar mesti selalu
Saturday, May 7, 2011 | ? 0 Comments

Dalam bidang pergigian ni, terlalu banyak komplen dari pihak pesakit. Antara yang selalu saya jumpa adalah (almost everyday pulak tu):
1. Tampalan yang baru dibuat tercabut.
2. Gigi palsu yang baru dibuat longgar
3. Ada gigi tertinggal selepas cabut gigi.
4. sakit selepas cabut gigi.


Dibandingkan dengan bidang perubatan, Dr gigi yang paling banyak mendapat komplen. Doktor perubatan bagi ubat yang dirasakan sesuai kepada pesakit, pesakit makan ubat dah habis cerita. paling komplen pun adalah allergy ataupun ubat yang dirasakan tak bersesuaian.

Pesakit datang marah2 menyalahkan Dr gigi kalau tampalan tercabut, tapi pesakit tak sedar keadaan gigi yang sudah teruk memyebabkan pegangan gigi pada tampalan sudah tiada. Banyak tampalan dari struktur gigi, macammana tampalan nak stay?

Gigi palsu yang baru dibuat longgar adalah fenomena biasa. Kalau hari ni saya isu dentur (bg gigi palsu yg dah siap) pada pesakit, tak lama dalam sehari dua, pesakit akan datang mengadu tak boleh pakai gigi palsu tu. Kes ini terjadi paling banyak pada kes dentur penuh atas dan bawah. Bukan apa, pesakit mengandaikan gigi palsu beliau seakan gigi asli, boleh makan macam biasa. High expectation begini menyebabkan pesakit berasa tak puas hati.Gigi palsu adalah hanya appliance untuk menggantikan gigi yang hilang. Ianya memang cantik tapi tidak boleh disamakan dengan gigi asli. Lekatannnya hanya pada gusi. Ianya bukan longgar, tapi pesakit yang baru memakainya akan berasa begitu, tapi bila dah lama memakainya, ia akan jadi biasa dan pesakit mampu makan seperti biasa.

Penjelasan kita kadang2 tak diterima pesakit. Kalau ada yang garang tu diterkingnya kita, sambil mengomel duit habis banyak, tapi hasil tak memuaskan. Macammana nak buat, kos gigi palsu memang mahal, harapan pesakit pulak tinggi...

Nanti saya sambung lagi ya....memang jadi doktor gigi ni kena tough dan kena sabar selalu.....kerja lain pun begitu jugak kan.



Bila pesakit bertanya
Sunday, January 30, 2011 | ? 0 Comments

Tergaman saya dengan pertanyaan seorang pesakit saya hari ini. Pertanyaannya simple dan polite saje tapi membuatkan saya sedikit tersentak.Dia tanya; Dr,boleh ke saya nak tanya sikit, jarum cucuk kat klinik ni bergilir tak antara pesakit?

Untuk pengetahuan semua, aspek kebersihan dan penggunaan jarum adalah dalam pegetahuan dan jagaan yang tinggi untuk seseorang yang bergelar doktor.Maknanya soal jarum amat dititip beratkan iaitu hendaklah jenis pakaibuang atau disposable. Adalah amat tidak beretika seorang doktor itu bergilir jarum pesakit.

Untuk klinik pergigian pulak, terlalu banyak barang yang jenis disposable antaranya sarung tangan, topeng muka, jarum, ubat bius, gelas untuk berkumur, napkin, surgical gown dll.

Apabila soalan sebegitu ditanyakan pada searang doktor, ianya seakan menghina status doktor tersebut walaupun pertanyaan itu kedengaran begitu innocent sekali. Sebagai sebuah klinik, bukan sahaja penggunaan jarum khas untuk seorang pesakit adalah mandotari, pembuangan jarum juga tidak boleh sebarangan. Maknanya tidak boleh dibuang di tempat pembuangan sampah biasa. Setiap bulan ada pihak yang akan mengutip jarum ini dan akan dibakar ditempat yang khas. Khidmat ini bukannya percuma tapi dikenakan bayaran pada setiap bulan.



Senyum mesti selalu...
Monday, January 24, 2011 | ? 0 Comments

Lama sungguh saya berhenti menulis blog ni...rupanya hampir setahun. Bukan apa, konkongan masa dan ralit dengan facebook. Itulah realiti masa sekarang. Blog ni hubungan sehala yang kadang kala orang kata syok sendiri, manakala facebook pula banyak respon yang kadang melucukan dan kadang2 menyakitkan.Seronok untuk diintai setiap hari.

Baru2 ni saya mengunjungi sebuah klinik untuk mendapat rawatan perubatan. Dentist hanya tahu merawat gigi orang, tapi gigi dia sendiri pun, dia tak dapat merawatnya. Macammana nak tampal gigi sendiri, kan? Tapi ini, bukan dental clinic tapi klinik perubatan.

Klinik ni biasa saya kunjungi kerana kenal doktornya, tapi kebetulan dia tiada dan diganti dengan doktor locum lain. Muka doktor pun tension semacam je, senyum pun macam hendak tak hendak. Rasanya kalau ada yang sakit teruk, terus makin teruk agaknya...ini klinik swasta bukan klinik kerajaan tau..

Jadi, dari situ saya ambil iktibar...pesakit yang datang ke klinik saya, saya sambut dengan senyum manis, beramah tamah seadanya dan insyallah takkan tarik muka walaupun hati sedang sakit....ya lah kita kan manusia, ada hari kita gembira, sedih, kecewa dan macam2 lagi la..



Gantirugi JPA
Tuesday, January 12, 2010 | ? 4 Comments

Salam tahun baru untuk semua. Tajuk hari ini lari sikit dari kebiasaan tapi ada relevannya.December tahun 2009 lepas, berakhirlah tuntuan gantirugi JPA berjumlah 70 ribu ke atas saya kerana melanggar kontrak perlu berkhidmat dengan kerajaan selama 10tahun.
Saya berhenti dari government tahun 1997, setahun lepas tu, JPA menghantar surat perlu membayar gantirugi.Selama 4 tahun berkhidmat dengan government termasuk pergorbanan terpaksa bertugas di pendalaman Felda Chiku 3 yang tiada bekalan letrik tidak diambil kira dalam rayuan saya untuk mengurangkan jumlah 70 ribu itu.Namun begitu, rayuan saya untuk membayar secara ansuran dibenarkan.Alhamdulillah, 70 ribu itu langsai selepas 11 tahun!
Saya dulunya ditawarkan pinjaman boleh ubah.Pada tahun kedua pengajian,pinjaman saya ditukar menjadi biasiswa. Sebenarnya boleh buat pilihan samada nak teruskan pinjaman atau tidak. Tapi saya yang dari keluarga yang kurang berada ni tanpa berfikir panjang gembira dapat biasiswa, ya lah tak perlu fikir nak bayar balik.Ayah pun kerja government...tapi seperti biasa, kita tak dapat meramal masa depan kita..Akhirnya keputusan menerima biasiswa itu menyebabkan sampai kini saya menyesal dan terkilan....Kalau saya ambik pinjaman, saya hanya perlu bayar balik dalam 7 ribu je!
Apa pun saya redha kalau duit 70 ribu itu digunakan untuk kebajikan pelajar2 yang datang dari keluarga yang kurang mampu seperti saya. Tapi kalau duit itu digunakan untuk benda lain, ha, ha, ha saya pun tak boleh nak buat apa!
Tapi ada juga kawan2 saya yang mendapat biasiswa tapi terlepas dari membayar gantirugi. Mereka ini tidak berkhidmat langsung dengan kerajaan selepas graduate.Masa tu compulsory service selama 3 tahun perlu bekerja dengan kerajaan belum dikuatkuasakanlagi.Tak adilkan kalau difikirkan.....Tapi hutangkan perlu dibayar walaupun tidak dituntut!
Sekali lagi saya ingin lafazkan alhamdulillah kerana rezeki yang Allah beri, dapat membebaskan saya dari belengu hutang....70 ribu tu dah boleh beli rumah teres...!



Tampalan Sementara
Monday, November 9, 2009 | ? 2 Comments

Di kaunter pendaftaran lagi pesakit ini memberitahu pembantu klinik saya, maklumkan pada doktor tu, saya tak mahu tampalan sementara, tak pasal-pasal kena datang buat rawatan banyak kali!


Tampalan sementara atau istilah sebenarnya adalah Dressing bukan sengaja dibuat oleh dentist supaya pesakit datang berulang kali dan dia dapat mengandakan caj pada pesakit. Gigi yang ditampal sementara adalah gigi yang sudah terdedah pulpanya (exposed pulp), perlu dibubuh dressing, kemudian ditunggu hingga sebulan untuk melihat tindakbalas pulpa terhadap dressing tadi.


Jika gigi yang sudah ditampal itu sudah tidak sakit lagi, maka gigi itu bolehlah ditampal dengan tampalan kekal seperti amalgam (tampalan berwarna hitam) atau komposit (tampalan berwarna putih).


Jika gigi itu masih sakit juga, rawatan seterusnya ialah Rawatan Salur Akar. Ini bermakna gigi itu sudahpun merebak teruk hingga ke akar.


Sebenarnya istilah itu yang mengelirukan. Bila dipanggil tampalan sementara, semua orang tidak mahu. Siapa mahu pada benda yang bersifat sementara, kan? Sebab itu saya selalu merujuk kepada pesakit saya tampalan sementara itu tampalan berubat.


Tampalan kekal itupun kena tukar istilahnya kerana ianya juga boleh tercabut atau tertanggal tampalannya. Kalau kekal mestilah kekal dalam gigi, mana boleh terkeluar tampalannya, kan?



Tanam Gigi
Tuesday, October 20, 2009 | ? 0 Comments

Tanam gigi sebenarnya merujuk kepada implant gigi. Implant gigi cuba meniru gigi asli iaitu walaupun implant sebenarnya gigi palsu, tapi ianya gigi palsu yang mempunyai akar!

Terciptanya implant kerana terlalu banyak komplen dari pemakai gigi palsu, terutama ketidakselesaan dan juga cepat longgar.

Tidak semua orang sesuai dengan implant kerana implant memerlukan ketebalan dan kepadatan tulang yang bersesuaian. Ini semua hanya dapat dikesan melalui x-ray. Skru dimasukkan ke dalam tulang dan proses penerimaan skru pada gusi ini harus ditunggu 4-8 minggu, barulah dilekatkan gigi palsu diatasnya ataupun dibuat porselain crown.

Oleh kerana membuatnya agak rumit, kos implant juga agak tinggi. Untuk sebatang gigi, ianya mungkin mencecah RM 4 ribu keatas.

Nasihat saya, hargailah apa yang Allah anugerah berikan kerana ciptaan manusia tidak akan sesekali dapat menyamai ciptaanNya!



Doktor Gigi Vs Tukang Gigi
Saturday, September 12, 2009 | ? 0 Comments

Di dalam istilah pergigian, gigi palsu atau dentures termasuk dalam bidang prosthodontik atau dental apliances. Proses pembuatan gigi palsu selalunya melalui beberapa peringkat.

Di klinik, selalunya doktor akan menilai jenis dentur yang bersesuaian dengan gigi yang ada dan bentuk gusi pesakit. Jenis gigi palsu pun ada bermacam jenis. Untuk membuat gigi palsu, doktor gigi akan mengambil acuan gusi pesakit dengan menggunakan material khas. Doktor gigi juga akan mengambil kira hubungan antara rahang atas dengan rahang bawah. Selepas itu, acuan tadi akan diproses dan dihantar ke makmal.

Di makmal, acuan pesakit tadi akan disusun gigi palsu di atasnya dengan menggunakan lilin. Kemudian, proses 'de wax' dilakukan, gigi palsu tadi akan direbus beberapa jam untuk mengeraskan acrylic ( material yang digunakan sebagai pelapik gigi palsu menggantikan lilin tadi). Tugas di makmal dibuat oleh Dental Technician bertaraf diploma yang telah mendapat kemahiran khas di dental institute. Kemudian, proses perapian ( polishing) dilakukan oleh technician sebelum gigi palsu diserahkan kepada doktor gigi.

Pesakit dipanggil semula ke klinik di mana doktor gigi akan membuat beberapa penyesuaian di dalam mulut pesakit.

Secara umumnya, technician tidak boleh merawat pesakit maksudnya mengambil acuan dari mulut pesakit ( no direct contact ).. Tugas technician hanyalah di dalam makmal.

Tukang gigi adalah orang yang tahu membuat gigi palsu samada mewarisi kepandaian daripada ibubapanya ataupun boleh juga terdiri daripada technician (bukan semua!) yang cuba menambah sumber pendapatan. Terdapat juga kes ada Dental Attendant yang membuat gigi palsu selepas beliau pencen!

Sebagai doktor gigi yang bertauliah, saya ingin menasihatkan semua supaya dapatlah rawatan pergigian di klinik bukan di rumah2 ataupun di belakang kedai dobi dan sebagainya. Bukan apa, supaya dapat dipastikan alat yang masuk ke dalam mulut kita itu benar2 bebas dari kuman dan disteril.



Jutawan gigi (just a thought!)
Thursday, July 30, 2009 | ? 0 Comments

Boleh ke doktor gigi menjadi jutawan?

Kalau ikut teori berkemungkinan boleh.

Cuba bayangkan;

Seorang kanak-kanak mempunyai 2o batang gigi. Jika sebatang gigi memerlukan rawatan yang berharga RM 30, maka;

RM 30 x 20 = 600

Jadi, seorang kanak2 boleh menyumbang secara maksimum nya RM 600 kepada doktor gigi.

Seorang dewasa pula mempunyai 32 batang gigi. Jika sebatang gigi memerlukan rawatan yang berharga RM 40, maka;

RM 40 X 32 = 1280

Seorang dewasa secara maksimanya boleh menyumbang sebanyak RM 1280!

Cuba bayangkan kalau 100 orang yang mengalami masalah gigi? Amat lumayan kan...

Tapi realiti yang sebenarnya....

Berapa kerap kita mendapat rawatan gigi dalam setahun? Bila kali terakhir kita berjumpa doktor gigi?

Saya sendiri pun dalam masa 10 tahun, rasanya hanya 2 x mendapat rawatan gigi.

Jadi, untuk doktor gigi menjadi jutawan hanyalah ilusi semata-mata!

Untuk menjadi jutawan di Malaysia ni ialah dengan menjadi tauke gula. Mungkin doktor gigi pun boleh menjual gula untuk jadi jutawan. Gula laku, gigi pun cepat rosak. Dua dalam satu gitu. Hmm....



Asyik-asyik cabut
Monday, July 20, 2009 | ? 4 Comments

Ada pesakit datang ke klinik tidak puas hati dengan sikap doktor gigi yang asyik mahu cabut giginya. Katanya giginya masih kuat cuma bila malam saja terasa berdenyut dan hilang bila dia makan ubat.



Sebenarnya banyak benda yang pesakit tidak memahami tapi sebagai doktor gigi kita amat maklum dengan situasi sebenar. Gigi dewasa memang kuat dan ianya tidak akan bergoyang kecuali kita ada penyakit gusi yang dipanggil periodontitis. Gigi molar atas selalunya mempunyai 3 akar dan molar bawah mempunyai 2 akar.



Simptom 'berdenyut' tu sebenarnya mempunyai maksud tersendiri, maknanya karies gigi sudah merebak ke lapisan ketiga gigi iaitu lapisan pulpa. Pulpa gigi mengandungi saraf dan salur darah. Gigi sebegini selalunya diberi rawatan salur akar ( root canal treatment), di mana saraf dan salur darah tadi akan dibersihkan dan kemudian di'seal' dengan sealer.



Trend karies di zaman modern ini, saya perhatikan ianya bermula di antara dua gigi (interdental), tidak lagi di tengah2 gigi. Ini adalah kerana majoriti dari masyarakat menggosok gigi cuma kurang dalam menggunakan floss gigi. Masalah timbul bila karies antara gigi ini merebak sampai ke pulpa dan akar gigi (root caries).



Bila berlaku karies akar (root caries), gigi memang kena dicabut kerana tidak boleh dibuat rawatan salur akar. Kalau dibuat juga pun ianya tidak berjaya(gigi tetap sakit juga!) dan kemungkinan gigi itu akan patah.



Jangan terkejut apabila berjumpa dentist dan mendapat berita duka yang gigi sudah tidak diselamatkan. Karies akar ini selalunya mengambil masa yang agak lama untuk berlaku. Amaran2 seperti ngilu dan terlekat makanan jangan di buat 'biar dulu'.



Karies di antara gigi ini selalunya bermula dari bawah gigi (berhampiran dengan gusi) menyebabkan kita tidak terasa ada 'lubang'. Bila ianya pecah dipermukaan atas gigi, ianya sudah merebak teruk ke pulpa. Itulah yang menyebabkan rasa berdenyut tadi. Slow killer kata orang.



Sebab itulah kita kena check gigi 6 bulan sekali. Hanya dentist yang boleh detect caries. kita hanya boleh rasa ada lubang dengan check dengan 'lidah'. Mestilah tak sama.



Semua mahu putih
Monday, July 6, 2009 | ? 2 Comments

Di zaman ini, ramai orang mengukur kecantikan dengan 'putih'. Sebab itulah berlambak produk kecantikan di pasaran yang memutihkan muka laku macam goreng pisang panas. Bila kita ingin mengubah sesuatu yang asli kepada yang lain, kita terpaksa nenggunakan 'agen'. Untuk memutihkan muka dan mendapatkan result yang memuaskan, 'hydroquinon' digunakan, walaupun banyak kesan sampingan.


Tidak sempurna muka yang putih, kalau gigi nampak 'kekuningan'. Untuk memutihkan gigi pulak, agen yang digunakan ialah 'hydrogen peroxide' sebagai oxidizing agent. Kita sedia maklum gigi manusia mempunyai 3 lapisan. Lapisan pertama dipanggil enamel, kedua dentin dan ketiga pulpa. Enamel tidak mewarnakan gigi kerana ianya translucent. Yang mewarnakan gigi ialah lapisan kedua gigi iaitu dentin. Agen pengoksidaan tadi akan masuk dalam tubul2 dentin untuk menukar warna dentin menjadi putih. Kesan sampingan pada proses ini menjadikan gigi kita menjadi 'sensitive'.

Ethnic juga adalah salah satu faktor dalam menentukan warna dentin seperti juga warna iris mata dan juga rambut. Kaum Indian dan caucasean selalunya mempunyai warna dentin yang lebih putih dari kaum melayu dan cina.

Proses pemutihan gigi tadi hanya akan bertahan beberapa bulan saja. Ianya akan kembali kepada warna asal sama seperti kita mewarnakan rambut. Dye lah warna 'blonde' pun, ia akan jadi hitam semula beberapa bulan kemudian.

Proses pemutihan gigi yang lebih selamat dan bertahan lama ialah dengan menggunakan laser. Ia menggunakan cahaya laser untuk memutihkan tubul2 dentin. Ianya tidak menjadikan gigi menjadi sensitive.

Sebagai seorang islam, bersyukurlah dengan apa yang Allah berikan. Jangan jadi Mickhail Jackson yang mahu 'putih' semua hingga memudaratkannya.

Pendapat saya tadi adalah dari sudut pandangan dan pengetahuan saya saja. Saya mengalu-alukan komen dari semua.



Gigi berlubang dan tahap kesedaran kesihatan
Wednesday, June 24, 2009 | ? 0 Comments

Ramai orang terkeliru dengan istilah2 dalam pergigian. Karies gigi bermakna gigi berlubang, manakala kalkulus gigi bermaksud karang gigi. Kebanyakkan pesakit datang ke klinik menyatakan mahu cuci gigi kerana ada karies gigi. Salah tu, karies gigi perlu tampalan, karang gigi perlu dicuci ataupun istilah sebenar scalling. Dipanggil scalling kerana ada peningkatan dari segi ukuran tisu gigi sebelum cuci dengan selepas cuci.

Dari pemerhatian saya, amat berbeza sekali peratus gigi berlubang pelajar sekolah berasrama penuh atau MRSM dengan sekolah biasa. Sekolah berasrama penuh biasanya ramai yang 'caries free' atau tiada lubang langsung. Kebanyakkan oral hygien mereka pun bagus, kurang karang gigi. Di sekolah biasa pulak, kalau dibandingkan kelas pintar dengan yang kurang pintar pun kita akan melihat trend yang sama. So, apa kaitan antara gigi yang elok dengan IQ ?. Kajian boleh dibuat, adakah di sana wujud korelasi yang signifikan ?

Dalam menimbang faktor yg saya kemukakan ini, banyak juga faktor lain yang patut diambil kira, contohnya kebersihan dan kesedaran diri sendiri. Saya teringat ada seorang pegawai pergigian yang baru bertukar, dlm memilih sekolah baru untuk anaknya, beliau memiilih sekolah yang peratus cariesnya rendah. Agaknya dia pun guna formula ni juga kut!

Rasulullah sendiri amat mementingkan kebersihan gigi. Jika tidak memberatkan umatnya, disarankan membersih gigi setiap kali nak solat. Cuba perhatikan, semasa mengulangkaji pelajaran pun, kita akan lebih kosentrasi jika kita memberus gigi!



Tukang cucuk
Thursday, June 18, 2009 | ? 1 Comments

Menjadi Dr Gigi bukanlah cita-cita sejak kecil. Ia datang seiring dengan peluang yang diberikan. Memang sudah takdirnya begitu dan saya amat-amat bersyukur. Selalunya orang nampak bidang dr gigi ni hanyalah setakat menampal dan mencabut gigi je. Sebenarnya ia merangkumi seluruh rahang muka misalnya rahang patah akibat accident. Itu adalah sebahagian tugas dr gigi. Ada sahabat tu bertanya, banyak sangat ke kena belajar pasal gigi ni sampai tertubuhnya khas satu fakulti untuknya?

Tahun pertama hingga ketiga pengajian dentistry adalah 80% bidang perubatan. Kita juga terpaksa 'bedah mayat' pada tahun pertama, tapi hanya merangkumi 'head and neck' sahajalah. Bahagian perut dan kaki kebawah hanya belajar sambil lalu saja dan ianya tak masuk exam. Biasalah, kalau tak masuk exam, tak perlu tahulah.

Banyak kena belajar dan bukannya senang nak graduate sebagai dentist! Banyak juga airmata yang keluar selama 4 tahun saya belajar di UM. Sekarang ni kursus pergigian dah jadi 5 tahun. Apa agaknya dioarang belajar sampai 5 tahun agaknya ya.

Masuk tahun ni dah 15 tahun saya menjadi dr gigi dan rasanya dah agak masak dengan masalah gigi dan karenah pesakit. Memang susah menjadi doktor yang paling digeruni ni, hingga adayang tak boleh tidur malam gara2 nak jumpa dr gigi keeesokkan harinya.

Peristiwa semalam menyebabkan hati saya 'terusik'. Seorang anak bertanya pada maknya, "mak, doktor sini tak bagi gula2 ke? Tak, doktor sini tak bagi gula2, dia bagi jarum je."Bunyi macam brutal betul dr gigi ni, hanya pandai bagi jarum je, tak de psikology langsung!

Kadang2 ada juga ibubapa takut2 kan anak, jangan nakal2, nanti doktor cucuk kan. Mengapa harus momokkan dentist ni dengan benda yang kita cuba elakkan. Anak yang masih kosong pemikirannya itu disumbat dengan pelbagai perspektif yang buruk2.

Berkunjunglah ke klinik gigi bila gigi masih belum sakit. Bila dah sakit. doktor tersenyum manis pun dikatakan memperlinya!