Hi,gorgeous! Welcome to Life goes on and on! Leave her message ! Follow | Dashboard
Hidup Indah Biasa

Bonjour

She said:
I've been practiced dentistry since 1993.
Welcome to my blog.
This is my ordinary stories abut my routine work.

Online


Tea Time




Credits

Edit by :林羽兒
Basecode :
Images :






Asyik-asyik cabut
Monday, July 20, 2009 | ? 4 Comments

Ada pesakit datang ke klinik tidak puas hati dengan sikap doktor gigi yang asyik mahu cabut giginya. Katanya giginya masih kuat cuma bila malam saja terasa berdenyut dan hilang bila dia makan ubat.



Sebenarnya banyak benda yang pesakit tidak memahami tapi sebagai doktor gigi kita amat maklum dengan situasi sebenar. Gigi dewasa memang kuat dan ianya tidak akan bergoyang kecuali kita ada penyakit gusi yang dipanggil periodontitis. Gigi molar atas selalunya mempunyai 3 akar dan molar bawah mempunyai 2 akar.



Simptom 'berdenyut' tu sebenarnya mempunyai maksud tersendiri, maknanya karies gigi sudah merebak ke lapisan ketiga gigi iaitu lapisan pulpa. Pulpa gigi mengandungi saraf dan salur darah. Gigi sebegini selalunya diberi rawatan salur akar ( root canal treatment), di mana saraf dan salur darah tadi akan dibersihkan dan kemudian di'seal' dengan sealer.



Trend karies di zaman modern ini, saya perhatikan ianya bermula di antara dua gigi (interdental), tidak lagi di tengah2 gigi. Ini adalah kerana majoriti dari masyarakat menggosok gigi cuma kurang dalam menggunakan floss gigi. Masalah timbul bila karies antara gigi ini merebak sampai ke pulpa dan akar gigi (root caries).



Bila berlaku karies akar (root caries), gigi memang kena dicabut kerana tidak boleh dibuat rawatan salur akar. Kalau dibuat juga pun ianya tidak berjaya(gigi tetap sakit juga!) dan kemungkinan gigi itu akan patah.



Jangan terkejut apabila berjumpa dentist dan mendapat berita duka yang gigi sudah tidak diselamatkan. Karies akar ini selalunya mengambil masa yang agak lama untuk berlaku. Amaran2 seperti ngilu dan terlekat makanan jangan di buat 'biar dulu'.



Karies di antara gigi ini selalunya bermula dari bawah gigi (berhampiran dengan gusi) menyebabkan kita tidak terasa ada 'lubang'. Bila ianya pecah dipermukaan atas gigi, ianya sudah merebak teruk ke pulpa. Itulah yang menyebabkan rasa berdenyut tadi. Slow killer kata orang.



Sebab itulah kita kena check gigi 6 bulan sekali. Hanya dentist yang boleh detect caries. kita hanya boleh rasa ada lubang dengan check dengan 'lidah'. Mestilah tak sama.