Hi,gorgeous! Welcome to Life goes on and on! Leave her message ! Follow | Dashboard
Hidup Indah Biasa

Bonjour

She said:
I've been practiced dentistry since 1993.
Welcome to my blog.
This is my ordinary stories abut my routine work.

Online


Tea Time




Credits

Edit by :林羽兒
Basecode :
Images :






Tampalan Sementara
Monday, November 9, 2009 | ? 2 Comments

Di kaunter pendaftaran lagi pesakit ini memberitahu pembantu klinik saya, maklumkan pada doktor tu, saya tak mahu tampalan sementara, tak pasal-pasal kena datang buat rawatan banyak kali!


Tampalan sementara atau istilah sebenarnya adalah Dressing bukan sengaja dibuat oleh dentist supaya pesakit datang berulang kali dan dia dapat mengandakan caj pada pesakit. Gigi yang ditampal sementara adalah gigi yang sudah terdedah pulpanya (exposed pulp), perlu dibubuh dressing, kemudian ditunggu hingga sebulan untuk melihat tindakbalas pulpa terhadap dressing tadi.


Jika gigi yang sudah ditampal itu sudah tidak sakit lagi, maka gigi itu bolehlah ditampal dengan tampalan kekal seperti amalgam (tampalan berwarna hitam) atau komposit (tampalan berwarna putih).


Jika gigi itu masih sakit juga, rawatan seterusnya ialah Rawatan Salur Akar. Ini bermakna gigi itu sudahpun merebak teruk hingga ke akar.


Sebenarnya istilah itu yang mengelirukan. Bila dipanggil tampalan sementara, semua orang tidak mahu. Siapa mahu pada benda yang bersifat sementara, kan? Sebab itu saya selalu merujuk kepada pesakit saya tampalan sementara itu tampalan berubat.


Tampalan kekal itupun kena tukar istilahnya kerana ianya juga boleh tercabut atau tertanggal tampalannya. Kalau kekal mestilah kekal dalam gigi, mana boleh terkeluar tampalannya, kan?